Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 31 Mac 2023






Pameran Hari Kokurikulum SMK Tunku Bendahara 2023.

12 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah membuka booth Klik dengan Bijak di SMK Tunku Bendahara bersempena Pameran Hari Kokurikulum 2023 sekolah tersebut. PEDi Kodiang turut dibantu oleh beberapa staf PEDi dari kawasan Kubang Pasu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan......baca seterusnya





Kelas Tiktok dan Shopee

27 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2023, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah menjalankan satu kelas Tiktok dan Shopee kepada komuniti. Kelas tersebut adalah untuk berkongsi mengenai Tiktok dan Shopee dalam menjalankan perniagaan.......baca seterusnya



Kelas Tiktok Shop For Business : Panduan Berniaga di Tiktok Shop

14 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2023, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah mengikuti kelas percuma Tiktok Shop For Business yang turut disertai oleh beberapa PEDi lain di mana kelas tersebut telah melibatkan lebih kurang 12 orang peserta. Kelas tersebut diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tunjang.......baca seterusnya





Advokasi : Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak & Bimbingan Perniagaan E-Dagang (Shopee Seller) bersama pelajar tingkatan 6 SMK Tunku Bendahara, Kodiang

11 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah bekerjasama dengan pihak sekolah SMK Tunku Bendahara untuk menjalankan kelas advokasi Klik Dengan Bijak serta Bimbingan Perniagaan E-Dagang (Shoppe Seller) bersama pelajar tingkatan 6. Seramai 9 orang pelajar telah menyertai kelas tersebut.......baca seterusnya



ICT : Aktiviti Saringan Minda Sihat 2 Bersama Smk Tunku Bendahara

8 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah mengunjungi SMK Tunku Bendahara untuk membantu para pelajar dalam membantu para pelajar untuk menjawab soalan Saringan Minda Sihat 2 yang disediakan di laman web. Pihak PEDi telah bekerjasama dengan pihak guru kaunseling bagi menjayakan aktiviti tersebut.......baca seterusnya









Advokasi : Klik Dengan Bijak (KDB) ‘Mengenali Personaliti Melalui Sosial Media’ bersama para pelatih Kolej Pertanian Malaysia (KPM) Bukit Tangga, Kedah

5 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2022, Pusat Ekonomi Digital di daerah Kubang Pasu iaitu Changlun, Jerlun, Napoh, Kodiang, Felda Bukit Tangga dan Mukim Naga telah mengadakan satu sesi advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelatih di Kolej Pertanian Malaysia (KPM) Bukit Tangga. Pihak PEDi telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjayakan program tersebut.......baca seterusnya



Advokasi : Program Fire Drill bersama Bomba Alor Setar, Kedah

15 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang bersama PEDi Kubang Pasu dan Alor Setar telah mengadakan program Fire Drill bersama Bomba Alor Setar. Seramai lebih kurang 30 orang kakitangan PEDi dari Kubang Pasu dan Alor Setar yang terlibat dalam program tersebut. Program ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Seberang Terus.......baca seterusnya















Taklimat kerjaya bersama SOCSO dan SMK Tunku Bendahara, Kodiang

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama pihak SOCSO negeri Kedah telah mengadakan sesi taklimat kerjaya bersama para pelajar di SMK Tunku Bendahara Kodiang, Kedah. Seramai 20 orang pelajar telah terlibat dan menyertai taklimat tersebut. Sesi taklimat tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Kodiang Lama.........baca seterusnya



Advokasi : Klik Dengan Bijak (KDB) Buli Siber bersama Pelajar MRSM Kubang Pasu, Jitra Kedah

28 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama PEDi Jerlun, Napoh dan Kodiang telah mengadakan sesi advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelajar di MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Seramai 300 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Topik pilihan bagi sesi kali ini adalah “buli siber. Sesi perkongsian ini diadakan di dewan utama MRSM Kubang Pasu.........baca seterusnya



Advokasi : Klik Dengan Bijak (KDB) Perkongsian Maklumat Palsu bersama SMK Tunku Bendahara Kodiang

16 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang dengan kerjasama PEDi Jerlun, Napoh dan Changlun telah mengadakan sesi advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelajar di SMK Tunku Bendahara Kodiang. Seramai 40 pelajar telah terlibat dalam program ini. Topik pilihan bagi sesi kali ini adalah perkongsian maklumat palsu. Sesi perkongsian ini diadakan di dewan asrama SMK Tunku Bendahara.........baca seterusnya





Advokasi : Perlindungan Data Peribadi Secara Atas Talian di FB Page PEDi Kodiang

26 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah mengadakan perkongsian online di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Perkongsian ini dimuat naik di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Tajuk sesi perkongsian ini adalah “Advokasi PDPA : Perkongsian Akta dan Perlindungan Data Peribadi”. Penyampai video ini adalah staf di PEDi Kodiang.........baca seterusnya









Tutorial ICT Secara Online di FB Page PEDi Kodiang : Tutorial Slaid Pembentangan Menggunakan Aplikasi Canva

10 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang (PEDi) telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook Page PEDi Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Ekonomi Digital di seluruh negara masih diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti perintah Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.........baca seterusnya



Latihan ICT Staff PEDi : Aplikasi Open Broadcaster Software OBS (Siri 1)

13 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Semenyih (PEDi Semenyih) telah mengadakan satu sesi latihan buat semua staf PEDi di bawah seliaan Nera Sdn.Bhd. Sesi siri 1 ini melibatkan semua PEDi dari syarikat telekomunikasi Maxis dan Digi. Latihan dijalankan oleh En Anwar dari PEDi Semenyih Selangor.........baca seterusnya











Tutorial ICT Secara Online di FB Page PEDi Kodiang : Tutorial Laman Web Interaktif NatGeo Kids

24 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2021, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang(PEDi) telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Ekonomi Digital di seluruh negara diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.........baca seterusnya



Tutorial Usahawan Secara Online di FB Page PEDi Kodiang : Tutorial Business Model Canvas (BMC)

24 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2021, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang(PEDi) telah mengadakan satu tutorial usahawan ringkas secara online di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Ekonomi Digital di seluruh negara diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.........baca seterusnya







Advokasi KDB – Online Grooming

21 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan perkongsian advokasi secara online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang.........baca seterusnya



Penamatan Rangkaian 3G

5 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Tahukah anda penamatan Rangkaian 3G akan ditamatkan pada akhir tahun 2021? Anda tidak perlu risau, pemberitahuan mengenai tamatkannya rangkaian 3G akan dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi sebelum 31 Disember 2021. Liputan 4G akan diperluaskan bagi memberi kelajuan yang lebih tinggi. VoLTE bermaksud Voice over LTE......... baca seterusnya



Taklimat Pemasaran Digital Bersama Giat Mara Alor Setar Dan Giat Mara Kuala Kedah

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang bersama Pusat Internet Komuniti Napoh, Pusat Internet Komuniti Jerlun, Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir dan Pusat Internet Komuniti Pokok Sena telah mengadakan taklimat pemasaran digital bersama Giat Mara Alor Setar dan Giat Mara Kuala Kedah secara webinar melalui Google Meet .........baca seterusnya





Tutorial ICT Secara Online di FB Page PIK Kodiang : Animasi Ringkas Jalur Gemilang Menggunakan Power Point

26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.........baca seterusnya





Tutorial ICT Secara Online di FB Page PIK Kodiang : Tips Menggunakan Aplikasi Sunting Video

18 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara diarahkan untuk tidak beroperasi di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Total Lockdown yang dilaksanakan.........baca seterusnya



Klik Dengan Bijak : Perkongsian Atas Talian di FB Page PIK Kodiang

12 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan perkongsian online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara masih diarahkan untuk tidak beroperasi di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Total Lockdown yang dilaksanakan. Perkongsian ini dimuat naik di laman rasmi Facebook PIK Kodiang.........baca seterusnya



Klik Dengan Bijak : Perkongsian Atas Talian di FB Page PIK Kodiang

25 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan perkongsian online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara diarahkan untuk tidak beroperasi di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Total Lockdown yang dilaksanakan.........baca seterusnya








Kelas ICT : Asas transition Microsoft Power Point

29 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mei 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan kelas online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan kelas secara fizikal tidak dapat dijalankan.........baca seterusnya



Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak dan Kelas Kahoot ICT

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Kodiang, Sabtu – 24 April 2021 - Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan pembelajaran atas talian menerusi laman sesawang kahoot. Kelas yang bertempat di bilik latihan PIK Kodiang ini dihadiri seramai 4 orang peserta dan berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10:00 pagi.........baca seterusnya









Tutorial Asas Membuat Custom Thumbnail Video Secara Live di Facebook Pusat Internet Komuniti Kodiang

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2021, pihak Pusat Internet Kodiang mengadakan tutorial menghasilkan custom thumbnail untuk video, secara live di Facebook rasmi PIK Kodiang. Ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menyarankan supaya kelas –kelas tutorial dijalankan secara maya ataupun dengan mengunakan kaedah webinar selaras dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.........baca seterusnya



Tutorial Asas Nota Infografik Dengan Menggunakan Canva Secara Live Facebook Pusat Internet Komuniti Kodiang

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2021, pihak Pusat Internet Kodiang mengadakan tutorial nota ringkas infografik secara live di Facebook. Ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menyarankan supaya kelas –kelas tutorial dijalankan secara maya ataupun dengan mengunakan kaedah webinar selaras dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.........baca seterusnya





Tutorial Teknik Kesan Khas Menggunakan Adobe Photoshop Live Facebook Pusat Internet Komuniti Kodiang

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2021, pihak Pusat Internet Kodiang mengadakan tutorial teknik kesan khas dengan menggunakan Adobe Photoshop secara live di Facebook. Ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menyarankan supaya kelas –kelas tutorial dijalankan secara maya ataupun dengan mengunakan kaedah webinar selaras dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.........baca seterusnya



Kelas Asas ICT Word Membuat Jadual Harian Persekolahan

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word ini berlangsung selama tiga jam ini dilihat dapat membantu para peserta untuk membuat jadual sekolah dengan menggunakan MS Word dengan lebih mudah. Hal ini juga dilihat dapat membantu para peserta untuk menyiapkan diri mereka untuk ke sesi persekolahan mereka pada tahun depan.........baca seterusnya



Kelas Asas ICT Powerpoint Membuat Animasi Powerpoint

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan dengan bermatlamatkan untuk menarik minat kanak-kanak terutama di komuniti Kg Kodiang untuk menggunakan Power Point sebagai medium mereka untuk membuat presentasi di sekolah dan dalam masa yang sama untuk menyediakan diri para pelajar untuk belajar untuk persediaan belajar atas talian (online).........baca seterusnya









Kelas Mencipta Poster Secara Online dan Kahoot ICT

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet telah mengadakan kelas latihan mencipta poster secara atas talian menggunakan laman web Design Cap. Kelas latihan ini ialah satu platform yang mensasarkan kanak-kanak sekolah rendah, sebagai pendedahan awal terhadap rekabentuk grafik dan poster. Selain itu, kelas latihan ini juga menggalakan para pelajar supaya lebih kerap menggunakan laman-laman web........baca seterusnya



Kelas Latihan Asas ICT, Ujian Menaip & Aplikasi “Kahoot Online”

20 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kodiang telah mengadakan program latihan asas ICT menggunakan aplikasi “Typing Test”. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar membuat latihan asas ICT untuk menaip, kepentingan menaip ini boleh digunakan di dalam kegunaan membuat tugasan dan kerja harian sekolah..........baca seterusnya



Taklimat MIV Malaysia ICT Volunteer ( Sukarelawan ICT Malaysia ) Bersama SKMM

5 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet dengan kerjasama SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) telah mengadakan taklimat MIV kepada sukarelawan. Program MIV ini ialah satu platform yang menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan – kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti.........baca seterusnya











Program Latihan Kelas ICT Menggunakan Whatsapp Web & Kahoot Online

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kodiang telah mengadakan program latihan mengunakan aplikasi media sosial iaitu mengunakan aplikasi whatsapp web dan Kahoot Online. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan penggunaan whatsapp web dalam kegunaan membuat tugasan dan kerja harian sekolah. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang..........baca seterusnya



Program Advokasi Perlindungan Data Dan Peribadi (PDPA) Dan Learning Port

14 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kodiang telah mengadakan program advokasi perlindungan data dan peribadi (PDPA) dan kelas latihan learning port. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 4 jam bermula dari 2 petang dan dihadiri oleh seramai 4 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kg Kodiang Lama...........baca seterusnya



Program Taklimat & Pengisian UPU Online

5 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kodiang bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tunku Bendahara Kodiang telah menganjurkan program taklimat & pengisian UPU online. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan STPM...........baca seterusnya





















Maxis E Kelas, 4 & 5 Oktober 2019

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 & 5 Oktober 2019, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi E-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik & Sains untuk pelajar darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5. Pengajaran yang disampaikan merangkumi topik-topik matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains & Matematik yang diajar di sekolah........baca seterusnya



Kempen Kesedaran Pencegahan Nyamuk Aedes peringkat Kg Kodiang Lama

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2019, Kg. Kodiang Lama telah mengadakan Kempen Kesedaran Pencegahan Nyamuk Aedes peringkat Kg Kodiang Lama. Program dijalankan di dewan serbaguna Masjid Sirajiah Kg Kodiang Lama. Seramai kira-kira 50 orang penduduk kampung terlibat dalam program ini. Pusat Internet turut diberi ruang untuk memberi pencerahan berkenaan penutupan siaran televisyen analog diseluruh negara dan pencerahan pemasangan set televisyen digital Myfreeview MyTv........baca seterusnya



PROGRAM KAYUHAN MERDEKA ANJURAN MPKK KG KODIANG LAMA

1 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Ogos 2019, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kg. Kodiang Lama telah menganjurkan Program Kayuhan Merdeka dan Sukan Rakyat Merdeka bertempat di Kg. Kodiang Lama Dalam, Kodiang, Kedah. Program yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ini melibatkan penduduk setempat Kg Kodiang Lama, dan pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang. Program ini berlangsung bermula jam 7 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.......baca seterusnya



KELAS ICT PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK TUNKU BENDAHARA

8 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2019, Pusat Internet Kodiang Bersama-sama dengan guru Pendidikan Khas SMK Tunku Bendahara, Kodiang telah mengadakan Kelas Asas Ict kepada pelajar-pelajar Pendidikan khas SMK Tunku Bendahara. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar ini terhadap komponen-komponen asas komputer serta......baca seterusnya



Bengkel Penulisan Resume & Aplikasi Canva

18 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17hb Julai 2019, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi Bengkel Penulisan Resume kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas, SMK Tunku Bendahara, Kodiang Kedah. Bengkel ini dijalankan di Bilik Training Pusat Internet Kodiang. Seramai 27 orang pelajar telah hadir ke bengkel ini diiringi oleh lima guru pengiring........baca seterusnya



Program Advokasi Dan Hari Terbuka Gunung Hilir

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2019, Pusat Internet Gunung Hilir dengan kerjasama dengan Pusat Internet Pokok Sena,Jerlun,Napoh dan Kodiang telah mengadakan program hari terbuka Gunung Hilir dan kempen advokasi yang bertempat di Pusat Internet Gunung Hilir, Program dijalankan untuk merapatkan silaturahim sesama golongan belia dan komuniti masyarakat.......baca seterusnya



Maxis E Kelas

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 & 6 Julai, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi E-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik & Sains untuk pelajar darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5. Pengajaran yang disampaikan merangkumi topik-topik matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains & Matematik yang diajar di sekolah.........baca seterusnya



Program Maxis Motivate Bersama Pelajar-Pelajar SMK Tunku Bendahara Kodiang

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2019, pihak Maxis dengan kerjasama Pusat Internet Kodiang, telah mengadakan Program Motivasi “Maxis Motivate” bersama dengan pelajar-pelajar peperiksaan SMK Tunku Bendahara, Kodiang Kedah. Seramai 27 orang pelajar telah menghadiri program tersebut. Program dijalankan di Pusat Internet Kodiang, Kg Kodiang Lama Dalam........baca seterusnya





Maxis E Kelas, 3 & 4 Mei 2019

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 & 4 Mei, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi E-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik & Sains untuk pelajar darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5.......baca seterusnya



Maxis E Kelas, 13 April 2019

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2019, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi E-Kelas bagi subjek Matematik & Sains untuk pelajar darjah 6, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5.......baca seterusnya



Program E-Usahawan Giat Mara, Kuala Kedah

8 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2019, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan Program E-USAHAWAN kepada pelatih Giat Mara Jerlun di Giat Mara Jerlun.......baca seterusnya



Penilaian E Kelas, 15 & 16 Mac 2019

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2019 dan 16 Mac 2019, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi penilaian (assessment) untuk melihat prestasi pelajar-pelajar Pusat Internet Kodiang mulai dari awal tahun sehingga ke bulan Mac ini...baca seterusnya



Program E-Usahawan Giat Mara- Jerlun

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2019, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan Program E-USAHAWAN kepada pelatih Giat Mara Jerlun ....baca seterusnya



Program Advokasi MRSM Kubang Pasu

25 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Feb 2019, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Internet Jerlun, Pusat Internet Felda Bukit Tangga , Pusat Internet Napoh, Pusat Internet Changlun, Pusat Internet Mukim Naga, dan Pusat Internet Tunjang telah mengadakan taklimat. Taklimat advokasi KDB @ MRSM Kubang Pasu ini dengan tajuk yang disediakan oleh pihak sekolah iaitu....baca seterusnya





Program Orientasi E-Kelas

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi dan penerangan kelas E-Kelas telah diadakan bersama-sama para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara Kodiang  pada 25 Januari 2019 lalu. Aktiviti ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.....baca seterusnya





Program Advokasi dan Taklimat E-Kelas SMK Tunku Bendahara

18 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi dan penerangan kelas E-Kelas telah diadakan bersama-sama para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara Kodiang  pada 17 Januari lalu. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi.......baca seterusnya



Program E-Usahawan Dan E-Rezeki Belia Sg Laka, Changlun

12 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Dis 2018, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Internet Jerlun, Pusat Internet Felda Bukit Tangga dan Napoh telah mengadakan taklimat E-Usahawan dan E-Rezeki kepada kariah Masjid Abidin. Seramai 36 orang yang telah menghadiri taklimat tersebut. Taklimat tersebut telah di adakan di Masjid Abidin pembelajaran. ..........baca seterusnya



Program Kelas E-Learning Edunation Online

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas E-Learning Edunation Online yang bertempat di lokasi bilik latihan PI Kodiang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah mengajar kandungan yang terdapat dalam website edunation online...........baca seterusnya



Program Kelas D.I.Y (Do It Yourself) Membuat Origami

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 November 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas membuat origami yang bertempat di lokasi di bilik latihan PI Kodiang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah membuat origami, panduan ini dijalankan dengan menggunakan youtube...........baca seterusnya



Program Kelas Menaip Dan Typing Test

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas menaip secara insentif dan ujian menaip yang bertempat di lokasi di bilik latihan PI Kodiang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah mengajar tips-tips menaip dan cara selesa untuk menaip...........baca seterusnya



Program Advokasi SK Felda Batu 8

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi telah diadakan bersama-sama para pelajar dari Sekolah Randah Felda Batu 8 pada 11 November lalu. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan kanak-kanak tentang pentingnya penggunaan internet secara bijak...........baca seterusnya



Program E-Usahawan Giat Mara - Jerlun

05 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 November, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan Program E-USAHAWAN kepada pelatih Giat Mara Jerlun Seramai 21 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat KDB, taklimat E-Usahawan............baca seterusnya



Program Kelas Microsoft Office Power Point

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas digital literacy iaitu panduan mengunakan menggunakan Microsoft Office Power Point yang bertempat di lokasi di bilik latihan PI Kodiang. Seramai 7 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang.............baca seterusnya



Program Kelas Multimedia Powtoon

03 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November yang lalu, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas multimedia iaitu panduan mengunakan menggunakan aplikasi Powtoon yang bertempat di lokasi bilik latihan PI Kodiang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang..............baca seterusnya



Program E-Usahawan Giat Mara- Kuala Kedah

15 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Okt 2018, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Internet Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan taklimat E-Usahawan kepada pelatih Giat Mara Kuala Kedah. Seramai 18 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut.Taklimat tersebut telah di adakan di Pusat Internet Jerlun..............baca seterusnya


Program Kelas Microsoft Office Word

06 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas digital literacy iaitu panduan mengunakan menggunakan Microsoft Office yang bertempat di lokasi di bilik latihan PI Kodiang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang.................baca seterusnya


Program E-Usahawan Giat Mara- Alor Setar

02 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2018, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan Program E-USAHAWAN kepada pelatih Giat Mara Alor Setar Seramai 40 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat KDB.................baca seterusnya


Kelas KDB Dan Aktiviti Hidden Word Online Challenge

18 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Sept 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas KDB dan aktiviti hidden word online challenge. Kelas ini hasil daripada kelas Klik Dengan Bijak (KDB) yang lepas yang bertujuan untuk memberi ingatan tentang permasalahan penyalahgunaan internet khususnya di kalangan kanak-kanak. Peserta juga didedahkan program permainan online.................baca seterusnya


Kelas Pengenalan Kepada Facebook

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Sept 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas digital literacy iaitu aktiviti pengenalan membuat facebook. Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan juga mencipta akaun facebook bagi siapa yang tiada akaun facebook supaya boleh digunakan untuk apa-apa tujuan peribadi atau kegunaan akademik..................baca seterusnya


Kelas Kahoot Online Merdeka

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Sept 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan aktiviti Kahoot Merdeka. Program ini dijalankan di dalam Pusat Internet Kodiang seramai 10 orang peserta . Aktiviti ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Aktiviti ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang penggunaan internet dan menambahkan pengetahuan.................baca seterusnya


Program Kelas Digital Literacy- KDB,Check Your Label Dan Membuat E-Mail

03 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Sept 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas digital literacy iaitu panduan mengunakan menggunakan email dan kelas KDB dan Check your Label yang bertempat di lokasi di bilik latihan PI Kodiang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang..................baca seterusnya


Program Semarak Kemerdekaan

17 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Aug 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan Program Semarak Kemerdekaan iaitu aktiviti sempena bulan kemerdekaan yang bertempat di Pusat Internet Kodiang...................baca seterusnya


Program Hari Terbuka Gunung Hilir Dan Kempen E-Waste

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2018, Pusat Internet Gunung Hilir dengan kerjasama dengan Pusat Internet Pokok Sena,Jerlun,Napoh dan Kodiang telah mengadakan program hari terbuka Gunung Hilir dan kempen e-waste yang bertempat di Pusat Internet Gunung Hilir..................baca seterusnya




NOTIS PENAMATAN WIFI KOMUNITI (WK)

Berita Terkini

Penamatan perkhidmatan WK02, WK03, WK04, WK05 akan berkuatkuasa pada 1 April 2018.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai PI.

Sekian, Terima Kasih.


Program KDB Giat Mara Jerlun

30 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 April  2018, Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun, Pokok giatmara, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan taklimat KDB kepada pelatih Giat Mara Jerlun. Seramai 47 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut.....baca seterusnya



Hari Terbuka PI Kodiang

20 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang telah menjalankan program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara masyarakat Kampung Kodiang Lama khususnya dan penduduk Kodiang amnya.......baca seterusnya


Program KDB Giat Mara - Alor Setar

03 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan taklimat KDB kepada pelatih Giat Mara Alor Setar 6. Seramai 94 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat KDB,.......baca seterusnya


Advokasi KDB Di SMK Tunku Bendahara

07 March 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 March 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang dengan kerjasama MCMC dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, Bukit Tangga dan Napoh telah mengadakan taklimat KDB kepada pelajar tingkatan 6. Seramai 49 orang pelajar yang telah menghadiri taklimat tersebut........baca seterusnya


Karnival Muafakat Ekspo Negeri Kedah 2018

05 March 2018 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dengan penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia bahagian Kubang Pasu dan Kota Setar telah mengambil bahagian di dalam pameran Karnival Muafakat Negeri Kedah 2018 yang bertempat di Statdium Alor Setar,Kedah. Ekspo ini telah menampilkan 20 kluster merangkumi pelbagai sektor dengan penyertaan 199 jabatan.......baca seterusnya


Teknik Penulisan Resume & Tatacara Interview Oleh Jobs Malaysia Dan PI

25 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2018, pihak JOBS MALAYSIA UTC Kedah telah berkerjasama bersama Pusat Internet 1 Malaysia bahagian Kota Setar dan Kubang Pasu untuk menganjurkan program teknik penulisan resume & tatacara interview. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberi informasi kepada para pencari kerja cara-cara membuat penulisan resume dan tatacara temuduga.......baca seterusnya


Latihan Asas Bersama CDERT - C & Latihan Pertahanan Awam

12 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Februari 2018, komuniti masyarakat Kampung Kodiang Lama bersama Angkatan Pertahanan Awam (APAM) telah menjemput PI Kodiang untuk berkerjasama menjayakan program latihan asas bersama CDERT-C & latihan pertahanan awam. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk merapatkan silaturahim antara masyarakat setempat Kodiang bersama Angkatan Pertahanan Malaysia......baca seterusnya


Youtube Grooming By Mary Kay

04 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pihak PI Napoh dengan kerjasama PI Kodiang dan PI Jerlun telah menganjurkan program Youtube Grooming by Mary Kay. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara grooming make up secara online serta tips-tips usahawan oleh usahawan online Mary Kay. Antara aktiviti yang dijalankan oleh USM adalah taklimat tatarias solekan.......baca seterusnya


Hari Terbuka PI Kodiang

16 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang telah menjalankan program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara masyarakat Kampung Kodiang Lama khususnya dan penduduk Kodiang amnya. Dalam masa yang sama dapat mendedahkan tentang peranan yang dibawa oleh PI Kodiang kepada penduduk setempat.......baca seterusnya


Bengkel Fotografi Bersama Usahawan

14 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Hilir telah menjalankan program bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menganjurkan bengkel fotografi bersama Mr Stefano. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada peserta Pusat Internet 1 Malaysia untuk mempelajari teknik-teknik mengambil gambar dengan betul dan menarik......baca seterusnya


Program KDB @ Pesta Konvokesyen UUM

18 November 2017 | Aktiviti Terkini

Universiti Utara Malaysia (UUM),Sintok,Kedah telah menjalankan program KDB sempena pesta konvokesyen UUM bersama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) dan Pusat Internet 1 Malaysia Zon Utara. Tujuan adalah memberi maklumat dan pendedahan kepada pengunjung berkenaan Pusat Internet 1 Malaysia dan kempen yang dilancarkan oleh MCMC.....baca seterusnya


Program Training Skrip Ke Skrin 2017

09 November 2017 | Aktiviti Terkini

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jabatan Sekolah Komunikasi USM telah menjalankan seminar program Training Skrip Ke Skrin di Studio P.Ramlee, USM Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penghasilan serta penyuntingan video dengan lebih baik.....baca seterusnya


Program Advokasi Dan Klik Dengan Bijak Sempena Program Jambori On The Air (Jota) & Jambori On The Internet (Joti)

22 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

SMK Pokok Sena, Kedah telah menjalankan program Advokasi Dan Klik Dengan Bijak sempena program Jambori On The Air (JOTA) & Jambori On The Internet (JOTI) bersama Pusat Internet 1 Malaysia Zon Utara. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta dan Pusat Internet (PI) di samping memberi peluang kepada peserta....baca seterusnya



Program Anak Angkat Desa

14 April 2017 | Aktiviti Terkini

JKK kg. Kodiang Lama Dalam telah mengadakan program Anak Angkat Desa bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Alor Setar serta Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang....baca seterusnya


Advokasi KDB Di Kem Pengakap Pokok Sena

13 April 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kodiang telah mengadakan Taklimat KDB dan Kelas ICT kepada pelajar dalam mendalami tentang penggunaan komputer dan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft word untuk membuat sebarang surat atau laporan bergambar....baca seterusnya



Taklimat KDB Dan Kelas ICT

21 Januari 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kodiang telah mengadakan Taklimat KDB dan Kelas ICT kepada pelajar dalam mendalami tentang penggunaan komputer dan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft word untuk membuat sebarang surat atau laporan bergambar....baca seterusnya




Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Untuk makluman lanjut...KLIK disini








Kursus dan Latihan Interaktif Rekaan dalam Multimedia

29 Febuari 2016| Aktiviti Terkini

Pada 26 hinggan 28 Februari 2016 Kumpulan Pengurus untuk PI Maxis wilayah Central iaitu, Putrajaya dan Linggi, Utara iaitu, Pokok Sena, Jerlun, Gunung Hilir, Napoh, Kodiang dan Langakawi telah mengadakan kursus selama 2 hari di Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. .....baca seterusnya


Program Wassap Tourace Gua Kerbau, Kodiang Kedah

28 Febuari 2016| Aktiviti Terkini

JKKK Kampung Kodiang Lama Dalam telah menganjurkan Program Wasap Tourace pada 27 Febuari 2016 bertempat di Gua Kerbau manakala Pusat Internet Kodiang juga merupakan urusetia yang terlibat untuk program tersebut.. .....baca seterusnya



Gegar 10 000 Langkah sempena Hari Sukan Negara

11 Oktober 2015| Aktiviti Terkini

Pada 10.10.2015 Sabtu Kampung Kodiang Lama Dalam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Program Gegar 10000 Langkah sempena dengan Hari Sukan Negara. Pada hari itu, penduduk kampong Kodiang Lama Dalam menyertai sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Antara acara yang dianjurkan ialah acara utama, iaitu 10000 Langkah mengelilingi sekitar Gua Kerbau. .....baca seterusnya


Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka PI Kodiang

8 Ogos 2015| Aktiviti Terkini

PI Kodiang telah mengadakan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka bersama JKKK Kampung Kodiang Lama Dalam serta penduduk setempat pada 07 Ogos 2015 bertempatdi Pusat Intrnet 1Malaysia Kodiang. Program tersebut yang bermula ja 8.00 pagi pada hari jumaat telah di mulai dengan pertandiangan mencipta video oleh belia dan pertandingan melukis gambar menggunakan aplikasi PAINT oleh kanak-kanak.....baca seterusnya