Latihan Asas Bersama CDERT - C & Latihan Pertahanan Awam
12 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2018, komuniti masyarakat Kampung Kodiang Lama bersama Angkatan Pertahanan Awam (APAM) telah menjemput PI Kodiang untuk berkerjasama menjayakan program latihan asas bersama CDERT-C & latihan pertahanan awam. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk merapatkan silaturahim antara masyarakat setempat Kodiang bersama Angkatan Pertahanan Malaysia.
Selain itu juga peserta dapat mempelajari serba sedikit kaedah penyelamatan pertahanan awam serta latihan asas agensi pertahanan awam. Majlis penutup telah dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Sukiman Bin Ahmad bersama Ketua JKKK Kampung Kodiang Lama Dalam, En Mohammad Bin Nayan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: