Kelas KDB Dan Aktiviti Hidden Word Online Challenge
18 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Sept 2018, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan kelas KDB dan aktiviti hidden word online challenge. Kelas ini hasil daripada kelas Klik Dengan Bijak (KDB) yang lepas yang bertujuan untuk memberi ingatan tentang permasalahan penyalahgunaan internet khususnya di kalangan kanak-kanak. Peserta juga didedahkan program permainan online hidden word iaitu mencari ayat tersembunyi dalam beberapa baris ayat di dalam website online.
Matlamat utama kelas ini dijalankan adalah untuk menambah pengetahuan perbendaharaan kata secara online. Di samping itu, ia juga membantu para peserta supaya lebih fokus untuk membuat sesuatu aktiviti di dalam sesuatu pekerjaan harian dan menambah kecekapan mata mereka untuk menangkap sesuatu ayat tersembunyi di di dalam baris susunan ayat yang tidak teratur. Aktiviti hidden word ini dijalankan secara online dan berkumpulan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: