Kelas Mencipta Poster Secara Online dan Kahoot ICT
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet telah mengadakan kelas latihan mencipta poster secara atas talian menggunakan laman web Design Cap. Kelas latihan ini ialah satu platform yang mensasarkan kanak-kanak sekolah rendah, sebagai pendedahan awal terhadap rekabentuk grafik dan poster. Selain itu, kelas latihan ini juga menggalakan para pelajar supaya lebih kerap menggunakan laman-laman web yang banyak mendatangkan manfaat-manfaat kepada mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah, taklimat dan penerangan terhadap laman web Design Cap, kaedah-kaedah asas mencipta poster, dan latihan kuiz ICT menggunakan aplikasi Kahoot online. Kelas ini dihadiri seramai empat orang pelajar dan kesemua mereka telah mematuhi SOP yang diperlukan. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 3 jam bermula dari 10 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Kelas berjalan lancar dan teratur seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: