Hari Penerangan E-Kelas bersama pihak Maxis dan Pusat Internet Kodiang
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniProgram penerangan kelas E-Kelas telah diadakan bersama-sama para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku ekelas Kodiang di Pusat Internet Kodiang pada 19 Januari 2019 lalu. Aktiviti ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar tentang kelebihan yang ada pada program E-Kelas. Program ini yang telah dianjurkan bersama dengan pihak Maxis,wakil adalah Puan Jumiza dan Pusat Internet Kodiang, tujuannya adalah untuk menjemput pelajar menghadiri e-kelas yang akan diadakan di Pusat Internet Kodiang pada 2019 ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: