Kuiz Ramadhan Kahoot ICT Online bersama Pelajar Sekolah Rendah
17 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan program kuiz online ICT Kahoot bersama komuniti pelajar sekolah rendah di Kg Kodiang Lama, bersempena bulan Ramadhan tahun ini.
Ini bagi memberi pendedahan dan maklumat baru kepada para pelajar berkenaan dengan info-info Ramadhan. Program ini juga dapat mengisi masa terluang para pelajar di hari minggu. Para pelajar dilihat dapat memahami dan peka dengan topik-topik yang dikongsikan. Pelbagai soalan-soalan berkaitan ibadah puasa dan juga bulan Ramdhan dikongsikan dalam program ini. Program dihadiri oleh 4 orang pelajar.
Program diadakan di bilik latihan PIK Kodiang dan berlangsung selama kira-kira 1 jam. Program berjalan lancar seperti yang dirancangkan serta mematuhi kesemua SOP PKPP iaitu merekodkan butiran pelajar, pemakaian pelitup hidung dan mulut dan penjarakan fizikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: