Program Maxis Motivate Bersama Pelajar-Pelajar SMK Tunku Bendahara Kodiang
15 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2019, pihak Maxis dengan kerjasama Pusat Internet Kodiang, telah mengadakan Program Motivasi “Maxis Motivate” bersama dengan pelajar-pelajar peperiksaan SMK Tunku Bendahara, Kodiang Kedah. Seramai 27 orang pelajar telah menghadiri program tersebut. Program dijalankan di Pusat Internet Kodiang, Kg Kodiang Lama Dalam. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat advokasi Maxis, taklimat berkenaan Google Internet Awesome, dan aktiviti dalam kumpulan (ice breaking).
Para pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar kelas peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula jam 3 petang hingga 6 petang. Para pelajar telah mendapat pelbagai input yang berguna dan pengalaman yang menarik daripada program ini. Program dikendalikan oleh staf dan sukarelawan Maxis dari Kuala Lumpur, En Afiq dan En Fairus. Jamuan ringan disediakan di akhir program. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Kodiang Lama Dalam, En Mohd Rodzi dan Guru Kaunseling SMK Tunku Bendahara, Cikgu Sapilah. Program berlangsung dengan lancar dan berakhir jam 6 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: