Tutorial ICT Secara Online di FB Page PIK Kodiang : Animasi Ringkas Jalur Gemilang Menggunakan Power Point
26 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 Ogos 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan. Tutorial khas bersempena bulan kemerdekaan ini dijayakan oleh staf PIK Kodiang, menunjukkan bagaimana mencipta animasi ringkas Jalur Gemilang menggunakan aplikasi Microsoft Power Point.
Tutorial ini dapat memberi pendedahan ringkas terhadap asas penggunaan aplikasi Microsoft Power Point dan kaedah menghasilkan animasi ringkas menggerakkan imej Jalur Gemilang.
Antara tips yang dikongsikan adalah, bagaimana memasukkan imej yang dimuat turun di internet ke dalam Power Point, tetapan navigasi animasi garisan (lines), dan tetapan asas untuk ubah suai garis masa animasi.
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB PIK Kodiang : Pusat Internet Komuniti Kodiang
Sesi tutorial ini berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: