Advokasi : Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak & Bimbingan Perniagaan E-Dagang (Shopee Seller) bersama pelajar tingkatan 6 SMK Tunku Bendahara, Kodiang
11 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah bekerjasama dengan pihak sekolah SMK Tunku Bendahara untuk menjalankan kelas advokasi Klik Dengan Bijak serta Bimbingan Perniagaan E-Dagang (Shoppe Seller) bersama pelajar tingkatan 6. Seramai 9 orang pelajar telah menyertai kelas tersebut.
Perkongsian yang telah dilakukan adalah taklimat ringkas mengenai topik “Oversharing” iaitu definisi serta kesan-kesan apabila terlebih kongsi di media sosial. Kelas seterusnya disambung dengan Bimbingan Perniagaan E-Dagang yang dikendalikan oleh Rakan Digital Kodiang.
Sesi perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada para pelajar serta membantu pelajar dalam memulakan perniagaan yang mereka inginkan.
Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 3 petang sehingga 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: