Advokasi: Taklimat Klik dengan Bijak kepada pelajar SMK Jerlun Sempena Program Pasca UASA (Ujian Akhir Sesi AKademik).
10 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Kubang Pasu iaitu PEDi Jerlun, PEDi Napoh, PEDi Kodiang, PEDi Changlun, PEDi Felda Bukit Tangga dan PEDi Mukim Naga telah memberi taklimat Klik dengan Bijak kepada para pelajar SMK Jerlun di Dewan Seri Pagi sekolah tersebut.
Antara isi perkongsian yang diberi adalah mengenai “Oversharing” dan “Buli Siber” di mana dua topik ini merupakan perkongsian yang sesuai diberikan kepada para pelajar di usia tersebut. Pihak PEDi juga turut menyediakan soalan-soalan kuiz kepada para pelajar bagi membantu pelajar untuk lebih faham mengenai topik tersebut. Taklimat tersebut telah berlangsung selama 1 jam setengah iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 10:30 pagi. Diharapkan taklimat tersebut telah memberi faedah kepada para pelajar yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: