Program Latihan Kelas ICT Menggunakan Whatsapp Web & Kahoot Online
21 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kodiang telah mengadakan program latihan mengunakan aplikasi media sosial iaitu mengunakan aplikasi whatsapp web dan Kahoot Online. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan penggunaan whatsapp web dalam kegunaan membuat tugasan dan kerja harian sekolah. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 4 jam bermula dari 2 petang dan dihadiri oleh seramai 4 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Kg Kodiang Lama. Pelbagai input dapat dipelajari oleh para pelajar. Antaranya pengetahuan dan penggunaan berkenaan whatsapp dan pengetahuan sejarah Malaysia melalui aplikasi kahoot online. Program berjalan dengan lancar dan berakhir jam 6 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: