ICT : Aktiviti Saringan Minda Sihat 2 Bersama Smk Tunku Bendahara
8 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah mengunjungi SMK Tunku Bendahara untuk membantu para pelajar dalam membantu para pelajar untuk menjawab soalan Saringan Minda Sihat 2 yang disediakan di laman web. Pihak PEDi telah bekerjasama dengan pihak guru kaunseling bagi menjayakan aktiviti tersebut.
Pada hari kejadian, seramai 300 orang pelajar yang telah terlibat dalam aktiviti yang diadakan di bilik kaunseling SMK Tunku Bendahara itu. Para pelajar juga turut menggunakan tablet PEDi sebagai medium untuk menjawab soalan yang dikehendaki. Ini telah membantu pihak guru dan pelajar dalam mempercepatkan proses aktiviti tersebut. Sesi ini berlangsung dari jam 9:00 pagi sehingga 12:30 tengahari selama 3 hari iaitu dari 7 Disember hingga 8 Disember 2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: