Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka PI Kodiang
8 Ogos 2015| Aktiviti TerkiniPI Kodiang telah mengadakan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka bersama JKKK Kampung Kodiang Lama Dalam serta penduduk setempat pada 07 Ogos 2015 bertempatdi Pusat Intrnet 1Malaysia Kodiang. Program tersebut yang bermula ja 8.00 pagi pada hari jumaat telah di mulai dengan pertandiangan mencipta video oleh belia dan pertandingan melukis gambar menggunakan aplikasi PAINT oleh kanak-kanak. Sejurus itu, majlis bacaan yasin oleh kaum wanita serta rakan-rakan PI yang lain. Selepas solat jumaat, program ini di sambung dengan jamuan hari raya sementara menunggu ketibaan YB ABU HASAN BIN SARIF selaku ADUN KOTA SI PUTEH bagi merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang. Majis juga turut di hadiri oleh wakil MCMC iaitu Tuan Haji Ismail selaku Ketua Wilayah Utara MCMC, Wakil Maxis dan juga Nera. Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang selepasa majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: