Kelas ICT : Tutorial Menghasilkan Sijil Digital Menggunakan Aplikasi Canva
30 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mei 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan kelas online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan kelas secara fizikal tidak dapat dijalankan. Kelas tutorial aplikasi Canva yang dijalankan ini, memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan tutorial cara-cara menghasilkan sijil digital menggunakan koleksi template sijil yang sangat banyak dan menarik yang disediakan oleh aplikasi ini secara percuma.
Tutorial ini bersesuaian dengan pelajar-pelajar IPT yang perlu menganjurkan program atas talian seperti aktiviti ko-kurikulum, mahupun kursus/latihan/bengkel untuk keperluan fakulti. Sijil penyertaan untuk program-program virtual maya ini boleh dihasilkan dengan mudah dan percuma hanya dengan menggunakan aplikasi Canva. Kelas tutorial ini sekurang-kurangnya juga dapat mengisi masa pelajar yang kebanyakannya menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (Pdpr).
Kelas yang berlangsung kira-kira 20 minit ini berjalan lancar seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: