Tutorial Usahawan Secara Online di FB Page PEDi Kodiang : Tutorial Business Model Canvas (BMC)
24 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2021, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang(PEDi) telah mengadakan satu tutorial usahawan ringkas secara online di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Ekonomi Digital di seluruh negara diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.
Tutorial khas bersempena program keusahawanan ini dijayakan oleh staf PEDi Kodiang, matlmatnya adalah menunjukkan bagaimana membuat teknik membuat rancangan perniagaan melalui teknik Business Model Canvas (BMC).
Tutorial ini menunjukkan kaedah merancang perniagaan melalui teknik Business Model Canvas (BMC) dan cara mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada dalam perniagaan masing-masing.
Antara tips yang dikongsikan adalah, bagaimana mengenalpasti saluran dan medium untuk berhubungn dengan pelanggan, apa yang diperlukan dalam perniagaan dan bagaimana memperbanyakan hasil jualan
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB FB Page PEDi Kodiang
Sesi tutorial ini berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: