Taklimat “Klik Dengan Bijak: Tidak Pasti Jangan Kongsi” kerjasama bersama Unit Bimbingan Kaunseling SMK Tunku Bendahara Kodiang dan Pusat Internet Komuniti
11 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang bersama Pusat Internet Komuniti Napoh dan Pusat Internet Komuniti Jerlun, telah mengadakan taklimat klik dengan bijak bersama Unit Bimbingan Kaunseling SMK Tunku Bendahara Kodiang secara webinar melalui Google Meet .
Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara masih diarahkan untuk mengajar secara PDPR atau secara maya sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.
Antara pengisian taklimat ini adalah penerangan Klik Dengan Bijak iaitu tidak pasti jangan kongsi . Pengisian ini perlu dibuat memandangkan ramai pelajar yang masih lagi tidak tahu etika ketika mengendalikan media sosial. Dengan adanya taklimat ini, pelajar dapat memperolehi maklumat cara menggunakan media sosial dengan baik dan bijak.
Perkongsian melalui Google Meet ni juga turut dihadiri guru dan pelajar daripada SMK Seri Mahawangsa, SMK Megat Dewa, SMK Pulau Nyior ,SMK Jitra dan SMK Paya Kemunting .
Program ini berlangsung dengan jayanya bermula dari pukul 2.45 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: