Tutorial Teknik Kesan Khas Menggunakan Adobe Photoshop Live Facebook Pusat Internet Komuniti Kodiang
25 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2021, pihak Pusat Internet Kodiang mengadakan tutorial teknik kesan khas dengan menggunakan Adobe Photoshop secara live di Facebook. Ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menyarankan supaya kelas –kelas tutorial dijalankan secara maya ataupun dengan mengunakan kaedah webinar selaras dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Program ini dijalankan atas permintaan daripada komuniti setempat yang inginkan Pusat Internet Komuniti Kodiang untuk membuat suatu tutorial khas untuk mengajar kaedah efek mencantikkan produk.
Pelbagai tips dan kaedah yang menarik telah diajar oleh tenaga pengajar untuk menghasilkan efek dari sebuah gelas kosong kepada gelas yang mempunyai titisan air seolah-olah baru dikeluarkan dari peti sejuk.
Tips ini penting bagi menarik para pelanggan untuk membeli produk minuman yang dijual bagi mengambarkan suasana panas boleh disejukkan melalui air minuman yang diminum.
Kelas dijalankan dengan memenuhi sepenuhnya SOP oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Pusat Internet Komuniti Kodiang.
Kelas berlangsung selama 30 minit dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: