Program KDB Giat Mara Jerlun
30 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun, Pokok giatmara, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan taklimat KDB kepada pelatih Giat Mara Jerlun. Seramai 47 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat KDB serta taklimat e-usahawan.
Melalui taklimat KDB yang diberikan ini pelatih dapat memperoleh pengetahuan dan maklumat serta kesedaran dalam penggunaan internet. Selain itu pelatih dapat mempelajari kaedah pemasaran secara online serta latihan e-usahawan secara kompresif dan padat. Program ini merupakan siri Jelajah KDB Giat Mara-Pusat Internet Satu Malaysia Daerah Kubang Pasu yang terakhir pada bulan April ini. Program seumpama ini akan dijalankan semula samada pada bulan Julai atau Ogos 2018 ini nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: