Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Kodiang
Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 26 Ogos 1932 bersamaan 3 Muharam 1341 Hijrah. Pada tahun 1959 namanya telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Kodiang dan kekal hingga hari ini. Asal sekolah ini diperbuat daripada kayu bertiang bulat tanpa berturap lantainya. Tahun 1934 kerajaan telah menggantikan dengan bengunan batu yang dikenali sebagai Bangunan A. Pada tahun 1953 Lembaga Didikan telah membangunkan sebuah bangunan yang dikenali dengan Bangunan B.
Tahun 1962 sebuah lagi bangunan tambahan didirikan dan dikenali Bangunan C. Oleh kerana kemasukan murid-murid semakin bertambah tahun demi tahun dan keluasan tanah tidak boleh dibina bangunan tambahan, maka satu lokasi baru dicari. Akhirnya pada tahun 1983 terbinalah Sekolah Kebangsaan Kodiang di tapak baru dengan bangunan tiga tingkat manakala sekolah lama dikekalkan sebagai sekolah cawangan. Lebih menarik lagi pada tahun 1990, sebuah Pusat Kegiatan Guru bagi sekolah-sekolah kawasan Kodiang telah dibina dalam kawasan sekolah baru ini.