Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Gua Kerbau dan Gua Batu Putih
Melihat dari jauh khususnya ketika melewati jalan ke Kodiang di Jitra, panorama beberapa bukit batu kapur yang kukuh dikelilingi sawah padi yang menjadikan landskap Kodiang kelihatan begitu unik dan menarik. Salah satu Gua yang sangat popular di Kodiang ialah Gua Kerbau yang terletak kira-kira 50 km dari Bandar Alor Setar. Gua tersebut yang terbina dari batu kapur serta di kelilingi oleh kawasan sawah padi yang cantik dan memukau pandangan mata. Memasuki Gua Kerbau bakal memberikan pengalaman baru kepada para pengunjung yang gemarkan cabaran. Di dalam Gua tersebut terdapat beberapa anak tangga yang boleh di daki, pengunjung pasti akan merasai suasana yang gelap dan dingin sebaik sahaja memasuki Gua tersebut biarpun terhidu bau yang kurang menyenangkan disebabkan tahi kelawar, keindahan struktur stalagtait dan stalagmait yang ada di dalam gua tersebut pasti membuatkan pengunjung terpaku. Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin berkata, geologi am di kawasan itu terdiri daripada bukit batu kapur yang membentuk topografi mogot di kawasan yang di kelilingi oleh enapan alluvium.
Gua Batu Putih terletak kira-kira 200 meter arah laut Gua Kerbau, terdapat lukisan-lukisan yang berbentuk manusia dan binatang .Lukisan itu dilukis oleh masyarakat Orang Asli yang pernah tinggal di situ.
Gua Gong
Gua Gong yang di dalamnya terdapat beberapa buah homestay yang boleh di sewa serta kolam yang boleh mandi. Selain itu, Gua Gong juga sesuai untuk aktiviti kerohanian dan juga ilmiah.
Gelanggang Futsal
Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.
Kedai Makan
Terdapat beberapa buah kedai yang telah lama wujud di Kodiang dan terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan juga luar. Antara kedai makan tersebut ialah pasembor hussin dan capati pak awang. Makanan yang popular di kalangan penduduk tempatan ialah pasembor dan capati pak awang.