Gegar 10 000 Langkah sempena Hari Sukan Negara
11 Oktober 2015| Aktiviti TerkiniPada 10.10.2015 Sabtu Kampung Kodiang Lama Dalam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Program Gegar 10000 Langkah sempena dengan Hari Sukan Negara. Pada hari itu, penduduk kampong Kodiang Lama Dalam menyertai sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.
Antara acara yang dianjurkan ialah acara utama, iaitu 10000 Langkah mengelilingi sekitar Gua Kerbau. Acara yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu ini, merupakan program peringkat daerah dan mendapat sokongan dan sambutan daripada sekitar penduduk kampong.
Pusat Internet Kodiang juga bekerjasama dengan menyumbangkan 10 notebook sebagai pemenang cabutan bertuah yang dibuat pada hari itu. Program yang dihadiri seramai lebih 500 orang itu mendapat sambutan yang mengalakkan. Pada akhir program berkenaan majlis program itu dirasmikan oleh Dato Abu Hassan bin Sarif, iaitu ADUN Kota Siputeh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: