Kelas Tiktok dan Shopee
27 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2023, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah menjalankan satu kelas Tiktok dan Shopee kepada komuniti. Kelas tersebut adalah untuk berkongsi mengenai Tiktok dan Shopee dalam menjalankan perniagaan. Selain itu, kelas tersebut turut berkongsi mengenai silibus Copy Writing yang boleh digunakan dalam perniagaan online.
Antara isi perkongsian ini adalah teknik bagaimana membuat posting di Tiktok dan Shopee menggunakan teknik-teknik memikat pelanggan seperti teknik Soft Sell, Hard Sell, Teaser & iklan bergambar. Teknik-teknik ini terbukti sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca bagi terus membaca iklan-iklan peniaga di Tiktok dan Shopee.
Kelas tersebut telah berlangsung selama 3 jam iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari. Diharapkan kelas tersebut memberi faedah kepada komuniti kampung yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: