Advokasi : Sesi Latihan MIV bersama UUM – Marketing Digital Opportunity
15 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang bersama Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Tangga telah mengadakan satu sesi latihan MIV bersama pihak UUM iaitu Marketing Digital Opportunity. Seramai 10 orang peserta telah melibatkan diri dalam latihan tersebut. Sesi latihan tersebut dihadiri serta dikendalikan oleh Dr. Arifin Mutalib dari UUM di mana ia dijalankan di PEDi Felda Bukit Tangga.
Antara perkongsian dalam sesi latihan tersebut adalah mengenai kepentingan dalam pemasaran digital, elemen kekuatan reka bentuk serta hands-on reka bentuk poster menggunakan telefon bimbit. Latihan ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 4 petang sehingga 6 petang. Diharapkan para peserta mendapat pendedahan yang sewajarnya melalui sesi latihan yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: