KDB : JAMBORI Sambutan 100 Tahun Pengakap Kedah Dan Persaudaraan Antarabangsa.
4 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 Disember 2022, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dengan penglibatan Pusat Ekonomi Digital bahagian Kubang Pasu telah mengambil bahagian dalam jambori sambutan 100 tahun Pengakap kedah dan persaudaraan antarabangsa di dalam untuk memberi taklimat perkongsian Klik Dengan Bijak(KDB) . Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 3 hingga 5 Disember 2022.
Antara isi-isi kandungan perkongsian ini adalah penerangan dan maksud data peribadi, akta PDPA, kesan- kesan terlampau berkongsi data peribadi, dan langkah-langkah mengatasinya. Perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada warga net terutamanya golongan remaja dan dewasa yang kerap berkongsi maklumat dan data peribadi di internet secara berlebihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: