Advokasi : Program Fire Drill bersama Bomba Alor Setar, Kedah
15 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang bersama PEDi Kubang Pasu dan Alor Setar telah mengadakan program Fire Drill bersama Bomba Alor Setar. Seramai lebih kurang 30 orang kakitangan PEDi dari Kubang Pasu dan Alor Setar yang terlibat dalam program tersebut. Program ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Seberang Terus, Alor Setar. Program tersebut dimulakan dengan penerangan oleh pihak bomba mengenai fungsi-fungsi serta cara-cara untuk menggunakan pemadam api jika berlaku sebarang kebakaran.
Antara perkongsian yang diberikan oleh pihak bomba adalah jenis-jenis pemadam api yang sesuai digunakan di setiap PEDi. Program diteruskan dengan latihan memadam api di mana ia dijalankan di kawasan luar PEDi Seberang Terus. Beberapa orang kakitangan PEDi mewakilkan diri untuk mencuba memadamkan api yang dinyalakan oleh pihak bomba bagi tujuan latihan. Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 3 petang sehingga 5 petang. Diharapkan program ini dapat membantu kakitangan PEDi untuk memahami serta tahu cara-cara menggunakan alat pemadam api jika berlaku sebarang situasi yang tidak diinginkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: