Tutorial ICT Secara Online di FB Page PEDi Kodiang : Tutorial Slaid Pembentangan Menggunakan Aplikasi Canva
10 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang (PEDi) telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook Page PEDi Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Ekonomi Digital di seluruh negara masih diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti perintah Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.
Tutorial khas ini dijayakan sendiri oleh staf PEDi Kodiang. Matlamatnya adalah menunjukkan bagaimana murid-murid atau para pelajar IPT yang belajar dari rumah, boleh edit dan hasilkan slaid pembentangan yang menarik dan canggih, hanya dengan menggunakan aplikasi Canva. Penggunaan aplikasi ini adalah percuma, dengan syarat pengguna harus mempunyai akaun Canva dan capaian internet.
Tutorial ini menunjukkan secara terperinci langkah demi langkah kaedah bagaimana untuk akses aplikasi Canva ini, dan langkah-langkah menghasilkan slaid pembentangan tugasan di kolej/sekolah dengan lebih kreatif dan menarik melalui aplikasi percuma iaitu Canva.
Aplikasi ini amat menarik dan memudahkan urusan terutama kepada pelajar sekolah, pelajar IPT dan juga pekerja syarikat yang ingin membentang tugasan atau hasil kerja dengan menggunakan slaid kerana ia mudah, cepat, dan ringkas. Aplikasi Canva ini juga boleh diakses melalui telefon pintar dan juga komputer, yang mempunyai akses internet.
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB PEDi Kodiang : Pusat Ekonomi Digital Kodiang.
Sesi tutorial ini berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: