Advokasi : Klik Dengan Bijak (KDB) Perkongsian Maklumat Palsu bersama SMK Tunku Bendahara Kodiang
16 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang dengan kerjasama PEDi Jerlun, Napoh dan Changlun telah mengadakan sesi advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelajar di SMK Tunku Bendahara Kodiang. Seramai 40 pelajar telah terlibat dalam program ini. Topik pilihan bagi sesi kali ini adalah perkongsian maklumat palsu. Sesi perkongsian ini diadakan di dewan asrama SMK Tunku Bendahara.
Perkongsian dilakukan oleh staf PEDi merangkumi definisi, jenis-jenis dan langkah pencegahan penyebaran maklumat palsu. Terdapat sesi kuiz berkenaan dengan topik KDB yang dikongsikan pada hari tersebut dilaksanakan di bahagian akhir program. Para pelajar dilihat begitu teruja dengan perkongsian dan aktiviti yang dijalankan.
Sesi perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada pelajar yang kerap berkongsi maklumat di alam maya masa kini.
Sesi berlangsung kira-kira 2 jam dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: