Tutorial ICT Secara Online di FB Page PEDi Kodiang : Tutorial Kad Raya Digital
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang (PEDi) telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook Page PEDi Kodiang.
Tutorial khas ini dijayakan sendiri oleh staf PEDi Kodiang. Matlamatnya adalah menunjukkan bagaimana murid-murid atau para pelajar IPT yang belajar dari rumah, boleh edit dan hasilkan kad raya digital yang menarik dan canggih, hanya dengan menggunakan aplikasi Canva. Penggunaan aplikasi ini adalah percuma, dengan syarat pengguna harus mempunyai akaun Canva dan capaian internet.
Tutorial ini menunjukkan secara terperinci langkah demi langkah kaedah bagaimana untuk akses aplikasi Canva ini, dan langkah-langkah menghasilkan kad raya digital dengan lebih kreatif dan menarik melalui aplikasi percuma iaitu Canva.
Aplikasi ini amat menarik dan memudahkan urusan terutama kepada pelajar sekolah, pelajar IPT dan juga suri rumah atau para peniaga kecil yang ingin berkongsi kad ucapan raya di media sosial kerana ia amat mudah, cepat, dan ringkas. Aplikasi Canva ini juga boleh diakses melalui telefon pintar dan juga komputer, yang mempunyai akses internet.
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB PEDi Kodiang : Pusat Ekonomi Digital Kodiang.
Sesi tutorial ini berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: