Sesi Kahoot ICT Istimewa Ramadhan bersama Pelajar Sekolah Rendah Kg Kodiang Lama
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang (PEDi Kodiang) telah mengadakan satu sesi kuiz Kahoot ICT istimewa khas Ramadhan bersama para pelajar sekolah rendah Kg Kodiang Lama.
Sesi dijalankan sebanyak 2 pusingan. Sesi pertama sesi pengenalan kepada bulan Ramadhan dan sesi kedua adalah sesi kuiz Kahoot. Soalan kuiz merangkumi soalan-soalan berkaitan hokum dan syarat sah puasa. Sesi ini dijalankan di bilik latihan PEDi Kodiang.
Diharap sesi ini dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada para pelajar berkenaan topik kuiz. Seramai 8 pelajar telah menyertai sesi kuiz ini.
Sesi ini berlangsung selama 2 jam dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: