Latihan Asas Keusahawanan Secara Atas Talian : “Copywriting” (Teknik Penulisan Iklan Di FB)
27 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah menjalankan satu perkongsian latihan keusahawanan secara online di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Tajuk sesi perkongsian ini adalah “Copywriting – Teknik Penulisan Iklan di FB”. Penyampai video ini adalah staf di PEDi Kodiang.
Antara isi-isi kandungan video perkongsian ini adalah teknik bagaimana membuat posting di FB menggunakan teknik-teknik memikat pelanggan seperti teknik Soft Sell, Hard Sell, Teaser & iklan bergambar. Teknik-teknik ini terbukti sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca bagi terus membaca iklan-iklan peniaga di FB, sekaligus meningkatkan jumlah trafik pelanggan di FB dan menambahkan jualan produk-produk para usahawan. Video perkongsian ini sangat disarankan ditonton oleh usahawan-usahawan yang baru bertapak di media sosial seperti FB.
Perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan dan manfaat yang sewajarnya kepada warga net terutamanya para usahawan baru supaya dapat mengolah iklan-iklan di page produk mereka secara lebih baik dan menarik.
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB PEDi Kodiang : Pusat Ekonomi Digital Kodiang
Sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: