ICT : Aktiviti Pengisian Sistem Pentaksiran Psikometrik Bersama SMK Tunku Bendahara
26 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2022, Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah mengunjungi SMK Tunku Bendahara untuk membantu para pelajar dalam menjawab sistem pentaksiran psikometrik. Pihak PEDi telah bekerjasama dengan pihak guru kaunseling bagi menjayakan aktiviti tersebut. Pada hari kejadian, seramai 148 orang pelajar yang telah terlibat dalam aktiviti yang diadakan di bilik kaunseling SMK Tunku Bendahara itu.
Para pelajar juga turut menggunakan tablet PEDi sebagai medium untuk menjawab pentaksiran yang dikehendaki. Ini telah membantu pihak guru dan pelajar dalam mempercepatkan proses aktiviti tersebut.
Sesi ini berlangsung dari jam 9:00 pagi sehingga 12:30 tengahari selama 3 hari iaitu dari 22 November hingga 24 November 2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: