Advokasi : Klik Dengan Bijak (KDB) ‘Mengenali Personaliti Melalui Sosial Media’ bersama para pelatih Kolej Pertanian Malaysia (KPM) Bukit Tangga, Kedah
5 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 November 2022, Pusat Ekonomi Digital di daerah Kubang Pasu iaitu Changlun, Jerlun, Napoh, Kodiang, Felda Bukit Tangga dan Mukim Naga telah mengadakan satu sesi advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelatih di Kolej Pertanian Malaysia (KPM) Bukit Tangga. Pihak PEDi telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjayakan program tersebut. Pada hari kejadian, seramai 384 orang pelatih telah terlibat dalam program tersebut. Topik pilihan bagi sesi kali ini adalah “Mengenali Personaliti Melalui Sosial Media’. Sesi perkongsian ini diadakan di Dewan Auditorium, KPM.
Perkongsian telah dilakukan oleh pihak SKMM di mana ia mengandungi sub-topik seperti ‘Oversharing’. Terdapat juga sesi kuiz dijalankan selepas perkongsian berkenaan dengan topik KDB iaitu pada akhir slot program. Sesi ini menggunakan aplikasi MyCyberGenius dan para pelatih dibenarkan mengakses aplikasi ini melalui telefon bimbit masing-masing. Para pelatih dilihat begitu teruja dengan perkongsian dan aktiviti yang dijalankan.
Sesi perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada para pelatih kerana mereka adalah golongan yang paling kerap melayari internet dan bersosial di alam maya masa kini.
Sesi ini berlangsung dari jam 8:30 pagi sehingga 12:30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: