Sesi Kahoot ICT & Advokasi Pelajar Sekolah Rendah Kg Kodiang Lama
25 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang (PEDi Kodiang) telah mengadakan satu sesi kuiz Kahoot ICT, dan advokasi ICT bersama para pelajar sekolah rendah Kg Kodiang Lama.
Sesi dijalankan sebanyak 2 pusingan. Sesi pertama sesi advokasi “Check Your Label” dan sesi kedua adalah sesi kuiz Kahoot. Soalan kuiz merangkumi soalan-soalan ICT dan kenegaraan. Sesi ini dijalankan di bilik latihan PEDi Kodiang.
Diharap sesi ini dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada para pelajar berkenaan topik kuiz. Seramai 8 pelajar telah menyertai sesi kuiz ini.
Sesi ini berlangsung selama 1 jam dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: