Advokasi : Perlindungan Data Peribadi Secara Atas Talian di FB Page PEDi Kodiang
20 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah mengadakan perkongsian online di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Hal ini berikutan semua PEDi di seluruh negara masih diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan. Perkongsian ini dimuat naik di laman rasmi Facebook PEDi Kodiang. Tajuk sesi perkongsian ini adalah “Advokasi PDPA : Perkongsian Akta dan Perlindungan Data Peribadi”. Penyampai video ini adalah staf di PEDi Kodiang.
Antara isi-isi kandungan perkongsian ini adalah penerangan dan maksud data peribadi, akta PDPA, kesan- kesan terlampau berkongsi data peribadi, dan langkah-langkah mengatasinya.
Perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada warga net terutamanya golongan remaja dan dewasa yang kerap berkongsi maklumat dan data peribadi di internet secara berlebihan.
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB PEDi Kodiang : Pusat Ekonomi Digital Kodiang
Sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: