Sesi Kahoot ICT Pelajar Sekolah Rendah Kg Kodiang Lama
6 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Kodiang (PEDi Kodiang) telah mengadakan satu sesi kuiz Kahoot ICT bersama para pelajar sekolah rendah Kg Kodiang Lama.
Sesi dijalankan sebanyak 2 pusingan. Soalan kuiz merangkumi soalan-soalan ICT dan kenegaraan. Sesi ini dijalankan di bilik latihan PEDi Kodiang.
Diharap sesi ini dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada para pelajar berkenaan topik kuiz. Seramai 8 pelajar telah menyertai sesi kuiz ini.
Sesi ini berlangsung selama 1 jam dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: