Klik Dengan Bijak : Perkongsian Atas Talian di FB Page PIK Kodiang
25 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan perkongsian online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara diarahkan untuk tidak beroperasi di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Total Lockdown yang dilaksanakan. Perkongsian ini dijayakan bersama dua lagi pusat internet di Kedah iaitu PIK Napoh dan PIK Jerlun. Perkongsian disiarkan di ketiga-tiga laman rasmi media sosial PIK terlibat iaitu di FB page PIK masing-masing.
Tajuk sesi perkongsian ini adalah “Klik Dengan Bijak : Oversharing (Perkongsian Berlebihan)”. Moderator dan panel-panel terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Kodiang, PIK Napoh dan PIK Jerlun.
Antara tips yang dikongsikan adalah, bagaimana menukar latar belakang ruangan chat, cara-cara membuat Telegram group, cara membuat animasi Gif di Telegram dan beberapa tetapan-tetapan asasAntara isi-isi kandungan perkongsian ini adalah penerangan dan maksud oversharing, kesan- kesannya, contoh-contoh kes jenayah yang melibatkan oversharing dan langkah-langkah mengatasinya.
Perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada warga net terutamanya golongan remaja dan dewasa yang kerap berkongsi maklumat peribadi di internet secara berlebihan.
Sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: