Advokasi : Perlindungan Data Peribadi Secara Atas Talian di FB Page PIK Kodiang
24 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan perkongsian online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara masih diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan. Perkongsian ini dimuat naik di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Tajuk sesi perkongsian ini adalah “Advokasi PDPA : Perkongsian Akta dan Perlindungan Data Peribadi”. Penyampai video ini adalah staf di PIK Kodiang.
Antara isi-isi kandungan perkongsian ini adalah penerangan dan maksud data peribadi, akta PDPA, kesan- kesan terlampau berkongsi data peribadi, contoh-contoh kes jenayah yang melibatkan kecurian data peribadi dan langkah-langkah mengatasinya.
Perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada warga net terutamanya golongan remaja dan dewasa yang kerap berkongsi maklumat dan data peribadi di internet secara berlebihan.
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB PIK Kodiang : Pusat Internet Komuniti Kodiang
Sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: