Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak dan Kelas Kahoot ICT
25 April 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kodiang, Sabtu – 24 April 2021 - Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan pembelajaran atas talian menerusi laman sesawang kahoot. Kelas yang bertempat di bilik latihan PIK Kodiang ini dihadiri seramai 4 orang peserta dan berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10:00 pagi.
Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar memberi kesedaran penggunaan internet dengan betul melalui kuiz kahoot Klik Dengan Bijak .Kelas bersempena Kahoot Ramadhan juga turut dijalankan khususnya kepada komuniti Kampung Kodiang Lama.
Didalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan aplikasi Kahoot. Setelah itu, peserta diberi beberapa kuiz dari aplikasi Kahoot yang merangkumi silibus pembelajaran di sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta tentang kelebihan pembelajaran secara online yang menarik untuk digunakan.
Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan dan teruja pembelajaran. Sesi berakhir jam 12 tengahari.
Kakitangan PIK Kodiang amat mengalukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma serta menggunakan kemudahan komputer dan internet di pusat internet ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: