Tutorial ICT Secara Online di FB Page PIK Kodiang : Tutorial Mokap Rekabentuk T Shirt
22 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan satu tutorial ICT ringkas secara online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang. Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara masih diarahkan untuk beroperasi secara terhad di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan. Tutorial khas ini dijayakan oleh staf PIK Kodiang, menunjukkan bagaimana mencipta mokap rekabentuk tshirt.
Tutorial ini dapat memberi pendedahan ringkas terhadap asas penggunaan aplikasi Canva dan SmartMockup dalam menghasilkan mokap ringkas untuk memudahkan pereka mempersembahkan rekabentuk tshirt.
Antara tutorial yang dikongsikan adalah, bagaimana menghasilkan rekabentuk tshirt menggunakan aplikasi canva, memasukkan imej yang dimuat turun di internet ke dalam SmartMockup, dan tetapan-tetapan asas pada aplikasi.
Video perkongsian ini boleh ditonton di Page rasmi FB PIK Kodiang : Pusat Internet Komuniti Kodiang .
Sesi tutorial ini berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: