Advokasi KDB – Online Grooming
21 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan perkongsian advokasi secara online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang.
Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara masih diarahkan untuk beroperasi secara terhad bagi mengekang penularan wabak Covid 19. Perkongsian ini dimuat naik di laman rasmi Facebook PIK Kodiang.
Tajuk sesi perkongsian video ini adalah “Klik Dengan Bijak : Online Grooming”. Penyampai video ini adalah staf di PIK Kodiang sendiri.
Antara isi-isi kandungan perkongsian ini adalah penerangan dan maksud Online Grooming, kesan- kesan negatif online grooming, contoh-contoh kes jenayah yang melibatkan online grooming dan langkah-langkah dari pihak ibu bapa bagi menangani kegiatan online grooming.
Perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada warga net terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja masa kini supaya berhati-hati dan tidak terjebak di dalam aktiviti kegiatan online grooming di media sosial dan platform-platfom internet yang lain.
Sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: