Kelas Klik Dengan Bijak dan Kelas Multimedia Kahoot
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kodiang, Sabtu - 20 Mac 2021 - Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan telah mengadakan kelas latihan Multimedia Kahoot selama 2 jam bertempat di bilik latihan, PIK Kodiang.
Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar memberi kesedaran penggunaan internet dengan betul dan langkah mengatasi penipuan kewangan siber .Kelas multimedia Kahoot juga turut dijalankan khususnya kepada komuniti Kampung Kodiang Lama.
Kelas Kahoot merupakan satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta meningkatkan daya kefahaman tentang silibus pembelajaran di sekolah. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan media sosial secara bijak terutamanya dalam penggunaan internet seharian.
Melalui kelas ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan media sosial dengan cara yang betul. Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di pusat internet komuniti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: