Tutorial Asas Nota Infografik Dengan Menggunakan Canva Secara Live Facebook Pusat Internet Komuniti Kodiang
20 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2021, pihak Pusat Internet Kodiang mengadakan tutorial nota ringkas infografik secara live di Facebook. Ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menyarankan supaya kelas –kelas tutorial dijalankan secara maya ataupun dengan mengunakan kaedah webinar selaras dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Ini ditambah pula dengan arahan dari pihak kerajaan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negeri Kedah yang telah dilaksanakan.
Program ini dijalankan atas permintaan daripada pelajar - pelajar yang inginkan Pusat Internet Komuniti Kodiang untuk membuat suatu tutorial khas untuk membuat nota ringkas secara infografik untuk menambahkan daya tarikan pada nota mereka dan bahan tersebut boleh dicetak dan ditampal di meja belajar murid – murid di rumah. Ini bagi membantu mereka menguasai topik-topik yang diajar oleh cikgu mereka semasa dalam sesi PDPR online.
Kaedah dan perisian aplikasi yang digunakan adalah dengan menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi ini sangatlah berguna untuk membuat nota ringkas yang cantik, secara cepat dan mudah. Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma.
Kelas berlangsung selama lebih kurang 30 minit dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Kelas berlangsung selama 30 minit dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: