Taklimat Pemasaran Digital Bersama Giat Mara Alor Setar Dan Giat Mara Kuala Kedah
13 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang bersama Pusat Internet Komuniti Napoh, Pusat Internet Komuniti Jerlun, Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir dan Pusat Internet Komuniti Pokok Sena telah mengadakan taklimat pemasaran digital bersama Giat Mara Alor Setar dan Giat Mara Kuala Kedah secara webinar melalui Google Meet .
Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara masih diarahkan untuk mengajar secara PDPR atau secara maya sepanjang bulan ini, bagi menuruti Fasa Pemulihan Negara (FPN) yang dilaksanakan.
Antara pengisan taklimat ini adalah penerangan dan maksud data peribadi, akta PDPA, kaedah pemasaran digital,teknik pengiklanan produk, asas perniagaan melalui Business Model Canvas dan kursus asas pengenalan shopee.
Perkongsian ini diharap dapat memberi serba sedikit info cara dan kaedah membuat perniagaan secara digital di dalam mendepani cabaran e-dagang alaf baru kepada tenaga pengajar dan peserta Giat Mara Alor Setar dan Giat Mara Kuala Kedah.
Program ini berlangsung dengan jayanya bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.
Sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: