Advokasi KDB - Penipuan Kewangan
12 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan perkongsian online di laman rasmi Facebook PIK Kodiang.
Hal ini berikutan semua Pusat Internet Komuniti di seluruh negara masih diarahkan untuk tidak beroperasi di sepanjang bulan ini, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Total Lockdown yang dilaksanakan. Perkongsian ini dimuat naik di laman rasmi Facebook PIK Kodiang.
Tajuk sesi perkongsian ini adalah “Klik Dengan Bijak : Penipuan Kewangan”. Penyampai video ini adalah staf di PIK Kodiang sendiri.
Antara isi-isi kandungan perkongsian ini adalah penerangan dan maksud penipuan kewangan, kesan- kesannya, contoh-contoh kes jenayah yang melibatkan penipuan kewangan dan langkah-langkah mengatasinya.
Perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada warga net terutamanya golongan remaja dan dewasa supaya berhati-hati dan tidak terjebak di dalam penipuan kewangan di media sosial.
Sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir seperti yang dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: