Advokasi Klik Dengan Bijak dan Kuiz Kahoot ICT bersama Pelajar Sekolah Rendah
13 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan kelas Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersama dengan komuniti pelajar sekolah rendah Kg Kodiang Lama. Ini bagi memberi persediaan dan langkah berjaga-jaga kepada para pelajar untuk berhadapan dengan era pembelajaran dunia internet sekarang, yang memerlukan mereka menghabiskan kebanyakan masa mereka di alam maya, bertepatan dengan norma baharu sekarang.
Antara pengisian kelas tersebut adalah perkongsian topik-topik Klik Dengan Bijak, antaranya ialah, Buli Siber. Pendedahan berkenaan dengan jenis-jenis buli siber, langkah-langkah yang perlu diambil, dan contoh-contoh video buli siber dikongsi, oleh pihak PIK Kodiang kepada pelajar-pelajar yang hadir. Para pelajar dilihat dapat memahami dan peka dengan topik-topik yang dikongsikan. Kelas seterusnya dilanjutkan ke aktiviti kuiz Kahoot Online.
Kelas diadakan di bilik latihan PIK Kodiang dan berlangsung selama kira-kira 3 jam dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan serta mematuhi kesemua SOP PKPB iaitu merekodkan butiran pelajar, pemakaian pelitup hidung dan mulut dan penjarakan fizikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: