Taklimat MIV Malaysia ICT Volunteer ( Sukarelawan ICT Malaysia ) Bersama SKMM
5 September 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet dengan kerjasama SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) telah mengadakan taklimat MIV kepada sukarelawan. Program MIV ini ialah satu platform yang menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan – kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti. Selain itu, taklimat MIV ini juga menggalakkan warga digital dan media literasi untuk menyertai secara berkesan, beretika dan dengan bertanggungjawab serta mendorong permintaan untuk komunikasi dan perkhidmatan multimedia.
Antara tentatif dan taklimat yang diberi adalah berkenaan silibus ‘oversharing’ terlebih kongsi maklumat, buli siber, penipuan kewangan, maklumat pasu, internet sekuriti dan lain-lain. Panel perkongsian wacana dan taklimat ini disampaikan oleh Encik Md Tahir bin Musa daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kelas berlangsung secara webinar di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 3 jam bermula dari 10 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang dan dihadiri oleh seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada staf Pusat Internet Kodiang dan belia di sekitar Kg Kodiang Lama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: