Kelas Latihan Asas ICT, Ujian Menaip & Aplikasi “Kahoot Online”
20 September 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kodiang telah mengadakan program latihan asas ICT menggunakan aplikasi “Typing Test”. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar membuat latihan asas ICT untuk menaip, kepentingan menaip ini boleh digunakan di dalam kegunaan membuat tugasan dan kerja harian sekolah. Ianya dengan tujuan untuk memastikan mereka memahirkan para pelajar dalam persediaan dalam menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel. Selain daripada itu, pelajar ini didedahkan dengan aplikasi kahoot online iaitu mengenal haiwan melalui Bahasa Inggeris.
Seramai 5 orang peserta terlibat di dalam latihan dan aktiviti tersebut. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 1 jam bermula dari 10 pagi dan berakhir 11 pagi, peserta ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Kampung Kodiang Lama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: