Program Advokasi Perlindungan Data Dan Peribadi (PDPA) Dan Learning Port
14 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kodiang telah mengadakan program advokasi perlindungan data dan peribadi (PDPA) dan kelas latihan learning port. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 4 jam bermula dari 2 petang dan dihadiri oleh seramai 4 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kg Kodiang Lama. Pelbagai input dapat dipelajari oleh para pelajar. Antaranya pengetahuan dan penggunaan berkenaan kes-kes berkaitan “oversharing” , kesan penyalahgunaan data dan pengenalan learning port. Program berjalan lancar dan berakhir jam 6 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: