Kelas Canva & Keusahawanan Shopee Online Bersama Pusat Internet Komuniti Sungai Limau Dalam
29 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 November 2020, pihak Pusat Internet Kodiang mengadakan kursus canva dan keusahawanan Shopee Bersama Pusat Internet Komuniti Sungai Limau Dalam.
Program ini dijalankan atas permintaan daripada komuniti setempat yang inginkan Pusat Internet Komuniti Kodiang untuk membuat suatu program keusahawanan untuk mereka.
Oleh itu, kursus keusahawanan ini dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama lebih kepada kursus canva yang telah diajar oleh Pusat Internet Komuniti Kodiang, tujuan silibus ini diajar adalah untuk mempersiapkan peserta dengan gambar profil produk untuk dipasarkan di dalam platform Shopee.
Sesi kedua pula, diikuti dengan kursus pengajian online Shopee bersama petugas Pusat Internet Sungai Limau Dalam iatu Cik Elani Bt Rashid, matlamatnya adalah untuk menyediakan kelainan kepada peserta ini untuk mendapatkan pengalaman daripada tenaga pengajar ini memandangkan tenaga pengajar ini jauh berpengalaman dan telah mempunyai pendapatan sampingan yang mencecah ribuan ringgit.
Pelbagai tips dan kaedah yang menarik telah diajar oleh tenaga pengajar tersebut sehingga membantu peserta ini untuk menyiapkan platform Kedai Shopee mereka sendiri. Para Petugas Pusat Internet Komuniti Kodiang juga berperanan untuk membantu peserta dan tenaga pengajar untuk melicinkan proses pengajaran Shopee Online.
Seramai 5 orang peserta yang telah terlibat di dalam kelas online ini .
Kelas telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam bermula dari jam 3 petang. Kelas dijalankan di bilik latihan Pusat Internet Kodiang. Sesi kelas dijalankan secara dua peringkat, iaitu peringkat pengenalan asas/taklimat dan peringkat praktikal.
Kelas dijalankan dengan memenuhi sepenuhnya SOP di Pusat Internet seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Kelas berakhir jam 6 petang dan berjalan lancar seperti dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: