Kelas Pengajaran dan Aplikasi Online Sistem E-Rekod
18 November 2020 | Aktiviti TerkiniPihak guru SMK Tunku Bendahara telah meminta untuk pihak Pusat Internet Kodiang mengadakan satu sesi untuk para guru kaunselor untuk mengisi buat kali pertama system E-Rekod.
Para petugas PI Kodiang telah membantu secara tidak langsung dalam pengisian E-Rekod kepada guru-guru kaunselor SMK Tunku Bendahara.
Walaupun system ini asing kepada para petugas PI Kodiang, tetapi melalui tutorial yang ditunjukkan dalam website Kementerian Pendidikan, system ini berjaya di isi dengan jayanya.
Sistem E-Rekod ini merupakan sistem terbaru yang perlu diisi oleh guru bermula pada tahun ini , dan wajib diguna pakai sepenuhnya bermula tahun depan. Sistem ini membolehkan guru-guru boleh link dengan aplikasi Google Meet menjelang tahun depan untuk mengantikan sistem pengajaran di dalam kelas.
Kelas ini diharap dapat membantu memudahkan para guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Seramai 3 orang guru kaunselor yang telah terlibat di dalam kelas online ini .
Kelas telah berlangsung selama lebih kurang 4 jam bermula dari jam 10 pagi. Kelas dijalankan di bilik latihan, Pusat Internet Kodiang. Sesi kelas dijalankan secara dua peringkat, iaitu peringkat pengenalan asas/taklimat dan peringkat praktikal.
Kelas dijalankan dengan memenuhi sepenuhnya SOP di Pusat Internet seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Kelas berakhir jam 2 petang dan berjalan lancar seperti dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: